Thursday, 19 November 2009

Unit Bencana RTM

Sila maklum bahawa Unit Bencana RTM dihentikan operasinya. Makluman dikeluarkan pada 19 November 2009. Orang ramai masih boleh menghubungi wartawan negeri-negeri untuk melaporkan sebarang bencana alam. Sila KLIK DI SINI untuk senarai nombor telefon.

Wednesday, 14 October 2009

Latihamal JMM

Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) sedang mengadakan latihamal "Indian Ocean Wave 09 Exercise" dari pukul 9:00 pagi hingga 2:00 petang, 14 Oktober 2009.

Kawasan terlibat adalah Kuala Teriang dan Kuala Melaka di Pulau Langkawi.

Latihamal ini adalah satu latihan sahaja. Orang ramai diminta tidak bimbang atau panik.

Wednesday, 23 September 2009

Hakisan Tanah di Genting Highlands

Suatu kejadian hakisan tanah kecil dilaporkan berlaku di Kilometer 3.3 jalan keluar dari Genting Highlands Resort, pada pukul 3.20 pagi, 22 September 2009.

Naib Presiden Kanan Perhubungan Awam dan Komunikasi Genting Malaysia Bhd., Datuk Anthony Yeo mengesahkan bahawa tiada sesiapa yang terjejas dalam insiden itu kerana semasa kejadian, tidak ada kenderaan yang menggunakan jalan berkenaan.

Semua kenderaan ke Genting Highlands Resort dinasihatkan supaya menggunakan jalan alternatif dan patuh pada papan tanda arahan jalan.

Tuesday, 1 September 2009

Wakil Unit Bencana RTM

Berikut wakil Unit Bencana RTM di seluruh negara yang boleh dihubungi sekiranya berlaku sebarang bencana alam (banjir, tanah runtuh dan seumpamanya) di tempat saudara; dan memerlukan liputan oleh Unit Bencana RTM. Harap jangan salah gunakan maklumat ini.

Perlis - Izuani Abdul Wahab - 012-499 1004

Kedah - Ruhaini Ismail - 012-470 1351

Langkawi - Hj Azmi Hj Mansor - 012-575 6565

Pulau Pinang - Syarmila Rastam - 012-4520 255

Perak – Rosmawati Md Isa – 019-563 7004

Perak – Samat Majid – 012-5163 596

Perak – Ely Fazilah Hanafi – 012-550 8849

Perak – Nor Maslita Mohd Lod – 012-528 1030

Perak – Saiful Nawab Sabran – 019-550 8838

Kelantan - Mohd Noor Yusuf - 019-9269 200

Terengganu - Rida Suzirawati - 013-9811 481

Pahang - Ati Hasmila - 013-9824 171

Pahang - Fatonah Salehuddin - 013-951 7731

Melaka - Siti Rubiah Abu Siran - 016-24 866 86

Negeri Sembilan - Zubir Jamal - 019-6511 200

Johor - Zubairi Abdullah - 012-9202 496

Sarawak – Kuching - Dayang Fatimah - 013-808 4745

Sarawak – Miri - Cecilia Sman - 019-8555 895

Sarawak – Sibu - Saptuyah Kipli - 013-802 8486

Sabah – Kota Kinabalu - Maria Isek - 012-833 9100

Sabah – Tawau - Ramlah Othman - 013-543 2703

Sabah – Sandakan - Nurkisa Mad Kassim - 019-8964 772

Thursday, 20 August 2009

9 Anak Kapal Belum Ditemui

Sehingga petang 19 Ogos 2009, sembilan anak kapal MT Formosa Product Brick yang hilang masih tidak ditemui manakala tiga daripada 16 yang ditemui selamat sudah keluar dari hospital dan ditempatkan di salah sebuah hotel di Port Dickson.

Dalam pada itu, tiada tumpahan minyak di kawasan kebakaran kapal tangki Liberia yang membawa muatan 58,000 tan cecair naphtha dalam kejadian yang berlaku kira-kira 30 kilometer dari pantai pelancongan Port Dickson pada malam 18 Ogos 2009.
.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt Mazlan Othman berkata, Jabatan Alam Sekitar masih memantau perairan itu walaupun tumpahan minyak tidak berlaku.
.
"Sehingga jam 6 petang, 19 Ogos 2009, api masih marak di atas kapal yang kini sudah mula senget dan pasukan penyelamat masih belum dapat menaiki kapal itu," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Port Dickson.

Sebuah lagi kapal yang terbabit dalam kemalangan itu, MV Ostende Max dari Britain, telah ditunda ke tempat yang selamat di mana tiga orang krewnya di hantar ke Hospital Port Dickson untuk rawatan akibat kecederaan.
.
Ketiga-tiga rakyat Poland berusia 38, 59 dan 62 tahun itu melecur di lengan dan seorang daripada mereka patah tulang rusuk akibat terjatuh dari tangga selepas berlaku perlanggaran.
Polis telah menyoal siasat anak-anak kapal yang terselamat tetapi Mazlan enggan menyatakan kerana terdapat laporan yang bercanggah di antara krew kapal yang terbakar, MT Formosa Product Brick serta MV Ostende Max. -- Bernama

Wednesday, 19 August 2009

IPU - 19 Ogos 2009

Kualiti udara di seluruh negara semakin baik apabila hanya empat kawasan yang dipantau oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana pada 19 Ogos 2009, berbanding lapan dalam bacaan pada petang 18 Ogos 2009.

JAS melalui laman webnya melaporkan sehingga 11 pagi, kawasan-kawasan yang merekodkan IPU sederhana adalah di Nilai (54), Balok Baru, Kuantan (51), Kota Kinabalu (56) dan Samarahan (55).

Beberapa kawasan mencatatkan IPU sihat dengan di Pahang, Jerantut (20) dan Indera Mahkota, Kuantan (36) manakala di Pulau Pinang, Perai (31) dan Seberang Perai 2 (33), di Kuching dan Limbang, Sarawak masing-masing merekodkan bacaan 25 dan 26.

Di Selangor iaitu di Shah Alam (35) dan Petaling Jaya (37) manakala di Putrajaya (30), Cheras (38) dan Batu Muda, Kuala Lumpur (29). - Bernama

Operasi Mencari Diaktifkan

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah mengaktifkan Pusat Operasi Mencari dan Menyelamat sembilan anak kapal yang masih hilang berikutan kejadian perlanggaran dua kapal dagang di perairan Selat Melaka malam tadi (18 Ogos 2009).

Pegawai Perhubungan Awam APMM Faridah Shuib dalam kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur berkata bahawa pihaknya telah menggerakkan asetnya dari Daerah Maritim (DM) Linggi, DM Pelabuhan Klang dan Stesen Udara Subang sejak lewat malam 18 Ogos 2009 bagi memadamkan saki baki kebakaran kapal tangki minyak milik MT Formosa Product Brick dan MT Ostende Max di 10 batu nautika barat daya Port Dickson.

Katanya, maklumat awal yang diterima mengatakan kapal tangki MT Formosa Product Brick dengan muatan 58,000 metrik tan minyak naftar yang dalam pelayaran dari United Kingdom ke Singapura telah berlanggar dengan kapal MT Ostende Max yang sedang keluar dari Pelabuhan Port Dickson menuju ke Singapura.

Aset-aset APMM yang terlibat dalam oeprasi itu adalah empat bot kilat iaitu satu dari DM Linggi dan tiga dari Port Klang serta dua helikopter N3 Dauhphin.

Turut terbabit, Polis Gerakan Marin (PGM) dari Tampoi, sebuah pesawat Unit Udara Polis dan dua dari Jabatan Laut Pelabuhan Klang serta Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). - Bernama